Kini dibongkarkan… rahsia yang disimpan oleh usahawan-usahawan yang berjaya…

Sales meletup-letup, tapi bisnes anda tak boleh pergi jauh sebab mungkin anda tak tahu berapa untung anda sebenarnya, anda tak boleh mohon pinjaman untuk membeli aset, anda tak boleh dapat suntikan modal dan mungkin berpotensi ‘dikejar’ LHDN

Nota : Bersedia untuk menjadi lebih sibuk selepas membaca buku ini.

“Alhamdullilah, saya telah habis membaca buku 20 rahsia Celik bisnes. Pada mulanya saya beranggapan buku ini sesuai untuk ‘start up’ atau usahawan yang ingin memulakan perniagaan, ternyata buku ini sangat sesuai juga untuk yang sudah menjalankan perniagaan seperti saya. 

Buku ini telah membuka minda saya dalam beberapa aspek penting Bagi usahawan. Apa yang menyedarkan saya setelah membaca buku ini tentang kepentingan dokumen-dokumen yang perlu disimpan, kepentingan mendaftar beberapa Agensi dan memahami tentang mengemaskini rekod perakaunan dan cukai.

Saya sangat menggalakkan usahawan yang baru Bermula dan usahawan lama membaca buku ini kerana ia mudah difahami dan info penting dalam perniagaan.”

Wan Shafiza Hazreen Boerhan
DIRECTOR, AQUASPLASH ACADEMY SDN BHD

 

“Buku yang nampak sangat simple tetapi sangat padat dengan ilmu perniagaan yng sukar untuk dicari kerana ianya banyak berpandukan dengan pengalaman sebenar para peniaga di luar sana.

Menggunakan bahasa mudah difahami dan dapat menarik minat bakal usahawan muda.

Menitikberatkan prosedur-prosedur dan garis panduan yang perlu diambilkira untuk mempastikan semuanya mematuhi undang-undang.

Kulit buku dan presentation di dalamnya amat manarik dengan selingan gambar-gambar dan warna-warna yang sejuk mata memandang, dan cepat habis dibaca.”

Ezatulshima
PENASIHAT UNDANG-UNDANG, MRCB

 

Perasan atau tidak, berikut adalah masalah yang sentiasa dihadapi kebanyakan pengusaha bisnes di Malaysia.

Mungkinkah anda ada masalah yang sama?

Tak membuka entiti perniagaan

Entiti perniagaan sering dipandang remeh sesetengah peniaga, terutamanya yang berniaga secara online.

Tak kawal stok

Perkara ini selalu terjadi kepada peniaga yang menjalankan perniagaan makanan dan minuman, pakaian dan kosmetik. Mereka tidak peka dengan demand pasaran. Stok yang berlebihan itu akhirnya akan menyebabkan kerugian jika mereka tidak dapat menjualnya.

Tak simpan dokumen bisnes dengan baik

Ramai peniaga yang pandai buat sales, tapi tak pandai uruskan hal-hal berkaitan dokumen perniagaan. Alasannya, sibuk berbisnes.

Tak kemaskini rekod perakaunan

Jika resit, invois atau bukti pembayaran tidak disimpan dan dicatat, semestinya rekod keluar masuk wang syarikat akan terganggu.

Tak tahu untung rugi syarikat

Ini selalu terjadi kepada peniaga yang terima banyak wang tunai seperti perniagaan kedai runcit, kedai makan dan berniaga di pasar malam. Duit jualan yang ada digunakan untuk diri sendiri dulu, kemudian dimasukkan ke bank (itupun kalau masuk ke bank).

Tak buat taksiran cukai

Disebabkan dokumen perniagaan tak diuruskan dengan baik, anda menghadapi masalah untuk mengishtihar jumlah cukai yang tepat. Kompaun akan mencecah hingga 300% daripada jumlah kurang lapor cukai.

Dan banyak lagi kesilapan pemilik-pemilik bisnes…

AS SEEN ON

SIAPA SAYA DAN MENGAPA SAYA INGIN BANTU ANDA DENGAN BUKU INI?

Nama saya Amsyari Shakur. Saya berpengalaman lebih dari 10 tahun dalam bidang perakaunan, audit luaran syarikat, percukaian dan bidang setiausaha syarikat. Kini, saya mengetuai syarikat AMACC Corporate Services Sdn Bhd yang kini mempunyai 25 orang kekuatan untuk mengurus dan memberi khidmat nasihat kepada lebih 300 syarikat

Saya pernah membuat perkongsian di pentas Pejuang Hartanah, MyRumah, dan Simposium Hartanah. Dengan kepakaran yang saya ada, saya juga diberi kepercayaan untuk berkongsi ilmu di program TV seperti Assalamualaikum dan Per Square Feet (PSF) di TV Al-Hijrah.

Saya terpanggil untuk menerbitkan buku ini selepas mendengar dan menyelesaikan pelbagai masalah-masalah klien saya. Ada salah seorang klien saya yang terpaksa membayar kompaun LHDN sebanyak RM50,000 hanya gara-gara tidak declare income bisnesnya  dengan tepat. Bukan masalah dengan LHDN sahaja, malah bisnes-bisnes ini tidak dapat berkembang walaupun sangat berpotensi disebabkan perkara-perkara yang diambil enteng oleh pemiliknya. Oleh itu, saya tidak mahu perkara ini terjadi kepada pemilik-pemilik bisnes yang lain. 

Ini antara masalah-masalah sebenar (bukan rekaan semata-mata) klien saya

“Klien saya yang terpaksa membayar kompaun LHDN sebanyak RM50,000″

“Klien saya jualan produknya sangat laris dan perlukan suntikan modal untuk berkembang, tapi sayang, beliau tak boleh buat pinjaman perniagaan sebab tidak daftar entiti perniagaan

“Seorang peniaga katering berusaha untuk dapatkan satu projek di kantin sekolah. Tapi tak berjaya sebab tidak mempunyai entiti perniagaan yang kukuh.

Nah.. kan dah banyak peluang yang terlepas !!
Sebab itulah anda perlu baca buku ini secepat mungkin...

Ini antara mereka yang terawal memiliki buku 20 Rahsia Celik Bisnes.

Kandungan Buku Ini

BAB 1 : Anda Sudah Bersedia Dengan Dunia Perniagaan?

BAB 2 : Saya Ada Masalah, Apa Yang Perlu Dilakukan

BAB 3 : 20 Perkara Asas Perniagaan Yang Anda Perlu Tahu!

BAB 4 : Beli Hartanah Atas Nama Syarikat, Apa Pro dan Kontra?

BAB 5 : Elak Kebocoran Wang

BAB 6 : Soal Jawab Perniagaan

Konklusinya?

Biodata Penulis

Lampiran

DAPATKAN BUKU INI SEKARANG

RM35 sahaja!

(Kos penghantaran saya belanja)

ISBN : 978-967-159-110-9
Format : Paperback
Saiz : A5
Mukasurat : 95 helai
Penerbit : AMACC Corporate Services Sdn Bhd

SOALAN LAZIM

Ya, ini adalah buku fizikal. Penghantaran akan dilakukan oleh perkhidmatan kurier yang kami pilih.

Belum lagi. Tapi kami ada perancangan untuk mengedarkannya di sana.

Boleh. Datang ke office kami di No 59-1, Jalan 7/7A, Seksyen 7, 43650, Bandar Baru Bangi, Selangor Darul Ehsan. Phone: 038920808

Kami menggunakan Billplz untuk tujuan pembayaran secara online. Kami menerima pembayaran melalui Maybank2u, CIMBClicks, dan beberapa Interbank Giro yang lain. 

Selepas pembayaran dibuat kami akan poskan buku #20 Rahsia Celik Bisnes dalam masa 1-2 hari bekerja. Kami juga akan memberikan tracking number untuk rujukan. 

Managed by : AMACC Corporate Services Sdn Bhd.
No 59-1, Jalan 7/7A, Seksyen 7, 43650, Bandar Baru Bangi, Selangor Darul Ehsan. 
Phone: 03-89208081